Sultan Selangor mahu TLDM terus kawal perairan negara

- Advertisement -

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mahu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan bagi mengawal dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman luar.

- Advertisement -

Menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office menyatakan sebagai Kepten Yang Dipertua TLDM, baginda juga menyeru agar warga TLDM kekal fokus dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing serta terus memiliki semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang murni itu.

Titah itu dizahirkan baginda hari ini bersempena ucapan Selamat Menyambut Hari Tentera Laut Ke-87 kepada semua warga the Navy People.

Baginda turut berkenan menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada setiap warga the Navy People yang sentiasa komited dan bangga dalam mencurahkan khidmat bakti dan ketaatsetiaan yang tidak terhingga terhadap perkhidmatan TLDM khasnya dan negara amnya. – BERNAMA

- Advertisement -