ADUN Kubu Gajah rai anak yatim bergembira

- Advertisement -

LARUT: Seramai 150 anak yatim dan fakir miskin telah terima bantuan Aidil Fitri berbentuk kelengkapan baju raya dan duit raya dari sumbangan diinisiatifkan ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahaya.

- Advertisement -

“Program Meriahnya Shawal ini merupakan lanjutan bagi program Santuni 1000 Asnaf DUN Kubu Gajah yang masih berlangsung.

“Santuni 1000 Asnaf menyasarkan fakir miskin kalangan dewasa, manakala Meriahnya Shawal ini adalah khas untuk anak-anak yatim dan fakir miskin,” ujar beliau pada majlis di Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah, di sini semalam.

Program Meriahnya Shawal juga diadakan hasil gabungan program Seronok Beraya anjuran Kerajaan Negeri Perak yang menaja 50 penerima, manakala 50 penerima lagi adalah tajaan daripada ADUN Kubu Gajah sendiri.

“Kami adakan sumbangan seperti ini saban tahun demi memberi keceriaan kepada anak-anak yatim dalam menyambut hari raya Aidil Fitri yang disambut pada setiap tahun,” ujarnya yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

Siri kedua program Meriahnya Shawal ini akan diteruskan lagi pada 1 Mei nanti untuk 50 penerima lain yang bakal diadakan di Mydin Parit Buntar dengan tambahan tajaan berbuka puasa dari pihak Marrybrown Parit Buntar.

Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah masih menerima sumbangan daripada pelbagai pihak bagi membantu pelaksanaan pelbagai program untuk kebaikan masyarakat di mana sumbangan boleh dibuat melalui nombor akaun 1580 5191 1775 Maybank atas nama Prihatin Kubu Gajah.

Sumbangan juga boleh berikan dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, garam dan gula atau terus menghubunginya Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah di talian 0195494150. – HARAKAHDAILY 27/4/2021

- Advertisement -