Malaysia hantar wakil hafazan al-Quran anjuran Tanzania

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menghantar seorang wakil dalam The Holy Qur’an Memorization Charitable Trust Of Tanzania secara Maya, pada 24 April ini.

Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), negara ini akan menyertai pertandingan hafazan al-Quran yang dianjurkan oleh negara Tanzania itu.

- Advertisement -

Katanya, pertandingan itu akan diwakili oleh Mohammad Zulhanif Mohd Rosdi dari negeri Kelantan yang juga merupakan Naib Johan Majlis Hafazan al-Quran kategori 30 Juzuk Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 di Sabah.

Mohammad Zulhanif Mohd Rosdi dari negeri Kelantan terpilih wakil hafazan al-Quran.

“Pertandingan akan bermula jam 5.00 pagi hingga 8.00 pagi waktu Malaysia.

“Semoga peserta Malaysia akan beroleh kemenangan,” katanya pada satu hantaran di Facebook. – HARAKAHDAILY 23/4/2021

- Advertisement -