Hotel kongsi rezeki bersama penduduk tempatan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Jewels Hotel merintis usaha mengagihkan sebanyak 500 pek bubur lambuk kepada orang awam di sekitar bandar Kota Bharu hari ini.

Proses agihan bubur lambuk tersebut dimulakan pada jam 4 petang dan berakhir setengah jam kemudian.

- Advertisement -

Menariknya, ramuan bubur lambuk itu turut direka khas dan dimasak sendiri oleh kakitangan Jewels Hotel.

Pengurusnya Muhammad Azrin Zainal Abidin berkata, program agihan bubur lambuk itu merupakan kesinambungan sejak empat tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Katanya selain mempromosikan pakej Ramadan ia juga bertujuan merapatkan hubungan kakitangan Jewels Hotel bersama orang ramai khusus yang berada di sekitar Kota Bharu.

“Kita ingin jadikan aktiviti ini sebagai tradisi setiap tahun agar lebih dikenali sebagai simbolik permulaan Ramadan dalam kalangan orang ramai,” katanya selepas program berkenaan.

Bagaimanapun kata beliau program khidmat masyarakat yang bertemakan berkongsi rezeki itu bukan sahaja meraikan golongan kurang berkemampuan, malah menjadi acara memeriahkan sambutan sambutan Ramadan. – HARAKAHDAILY 13/4/2021

- Advertisement -