Covid-19: 1,767 kes baharu 12 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini mencatatkan 1,767 kes dengan 12 kematian, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi laman Twitter rasminya Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu itu 1,758 adalah penularan tempatan, manakala sembilan lagi adalah kes import.

- Advertisement -

“Kes sembuh pula adalah 1,290 menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 16,300. Pada masa ini, terdapat 199 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 82 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, tiga negeri mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu Sarawak dengan 607 kes, diikuti Selangor (483) dan Kuala Lumpur (133).

Kes kematian hari ini membabitkan masing-masing empat di Sarawak dan Sabah, tiga di Selangor serta satu di Terengganu, dengan umur antara 37 dan 89 tahun.

Sementara itu, sembilan kluster baharu turut dikenal pasti membabitkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Kluster tempat kerja ialah Kluster Jalan Puncak Borneo di Sarawak, Kluster Jalan Raja Laut dan Kluster Jalan Hishamuddin di Kuala Lumpur, serta Kluster Lebuh Wawasan di Putrajaya.

Bagi kluster komuniti pula melibatkan Kluster Tabanak dan dan Kluster Kampung Gayang di Sabah, dan Kluster Taman Malim Jaya di Melaka, manakala kluster keagamaan Jalan Bukit Belida di Negeri Sembilan serta kluster pusat tahanan Jalan Salleh di Johor. – BERNAMA

- Advertisement -