ECRL perlu dimanfaat untuk Pahang lonjak kemajuan

- Advertisement -

PERANCANGAN futuristik yang memanfaatkan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu diadakan dalam mewujudkan limpahan ekonomi dan menjadi game changer untuk negeri dan rakyat Pahang. Negeri ini tidak boleh hanya menjadi ‘penonton’ atau sekadar memberikan ‘laluan’ tanpa merangkaikan segala rantaian dan sektor yang boleh dikembang dan majukan.

Rakyat dan Negeri Pahang mesti dicita-citakan untuk mencapai satu anjakan dari kewujudan ECRL kelak. Dengan 70 peratus kargo dan 30 penumpang dari perkhidmatannya yang pantas, pertumbuhan ekonomi negeri dan rakyat mampu digandakan. Selain ruang meneroka sektor lebih berat dan teknologi, sektor lain seperti perumahan, pendidikan dan pelancongan juga dapat dinaik taraf.

- Advertisement -

Infrastruktur dan segala kemudahan sedia ada di negeri ini juga dapat ditingkatkan, lebih-lebih lagi ECRL bakal mempunyai tujuh stesen di negeri ini. Malah, dengan kedudukan negeri ini berada di tengah-tengah laluan, ia sepatutnya mendapat janaan lebih banyak dari Timur dan Barat.

Bahkan, jika tangkas mengambil peluang ECRL yang memiliki saling hubungan pintar dengan jaringan pengangkutan lain akan menghubungkan juga Pahang dengan Utara dan Selatan. Semua ini sangat memungkinkan aspek pelaburan dan pembangunan lebih besar untuk diadakan di Pahang, sesuai ia dinamakan sebagai ‘Darul Makmur’ selama ini.

Untuk itu, peranan semua institusi termasuk pendidikan tinggi dan individu pakar yang ada di negeri ini mesti digembleng menerusi libat urus ke arah menyediakan perancangan masa depan tersebut. InsyaAllah kemajuan negeri yang terancang diharap meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

YB USTAZ MOHD TARMIZI YAHAYA
Ketua Penerangan PAS Negeri Pahang
ADN Panching – HARAKAHDAILY 8/4/2021

- Advertisement -