Tambah baik kurikulum YIK ikut perkembangan semasa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (Yik) antara institusi pendidikan agama yang dikenali ramai di negara ini, di mana sekarang mengurus 92 sekolah di seluruh Kelantan.

Selain itu mempunyai lebih 36,800 pelajar dan seramai 2,903 guru.

YIK melaksanakan dua kurikulum serentak iaitu kurikulum al-Azhar dan kurikulum Kebangsaan.

Kurikulum al-Azhar membolehkan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikendalikan Lembaga Peperiksaan YIK.

- Advertisement -

Kurikulum kebangsaan pula membolehkan pelajar YIK menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Madya Dr Azhar Muhammad berkata, YIK mempunyai peranan yang lebih besar bagi memperluaskan lagi sistem pendidikan Islam.

Katanya, YIK menjalin gabung keunikan dua kurikulum pendidikan iaitu al-Azhar dan kurikulum Kebangsaan.

“Saya percaya kurikulum tersebut sudah lama tidak diubah bagi memperlihatkan kembali supaya lebih dinamik selaras dengan perkembangan semasa.

“Kurikulum perlu ada penambah baik mengikut perkembangan semasa dan selaras berdasar pasaran kerja. Jadi pada pandangan saya wajar disemak kembali bagi kurikulum disesuaikan dengan kontemporari,” katanya Seminar Pemikiran Islam Semasa di UMK hari ini.

Beliau membentang kertas kerja bertajuk ‘Kejumudan Dan Dinamik Pemikiran Islam Dalam Pendidikan’.

Sebelum itu Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Dr Johari Mat membentang kertas kerja ‘Mendepani Pemikiran Yang Tersasar Daripada Akidah Islam’.

Seminar tersebut dianjurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan diadakan di Kampus Kota UMK di Pengkalan Chepa.

Dr Johari pula berkata, pihak yang mendakwa berlaku perpecahan Islam adalah tidak tepat kerana yang berpecah hanya umat Islam.

“Yang pecah bukan Islam sebaliknya orang Islam itu sendiri yang berpecah,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/4/2021

- Advertisement -