Pekerja terjejas Covid-19 dapat manfaat PERKESO

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan menggalakkan semua anggota masyarakat sama ada majikan atau pekerja tampil mendaftar bagi memastikan semua pekerja mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memastikan kebajikan terbela.

Perkara itu bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dan berdaftar serta mencarum di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dilaksanakan di bawah PERKESO layak menerima faedah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, peranan PERKESO dalam membantu rakyat termasuk ketika berdepan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu.

- Advertisement -

Katanya, banyak majikan yang terkesan daripada aspek ekonomi di mana ada yang terpaksa menutup dan mengecilkan perniagaan dibantu oleh kerajaan melalui PERKSO.

Antaranya, melalui Program Subsidi Upah (PSU) yang membantu pihak majikan mengekalkan bilangan pekerjaan dan terus beroperasi.

Melalui PSU itu juga katanya, Statistik Akta Insurans Pekerjaan di negeri ini sejak Januari hingga Disember 2020 menunjukkan seramai 6229 majikan diluluskan bayaran PSU untuk pekerja seramai 55,141 orang yang melibatkan jumlah bayaran sebanyak RM294 juta.

Selain itu, bagi penjana kerjaya (hiring insentive) menunjukkan bayaran diluluskan untuk seramai 256 majikan dan 1249 pekerja melibatkan bayaran sejumlah RM993,000.

Namun katanya, di bawah portal pekerjaan PERKESO (Myfuturejobs) sehingga Mac 2021 menunjukkan majikan yang berdaftar ialah seramai 983, pencari kerja berdaftar 26,393 dan jawatan kosong seramai 1482.

Bagaimanapun katanya, usaha yang dilakukan oleh PERKESO bagi membantu mengurangkan kadar penggangguran di negara ini.

Dalam perkembangan lain, PERKESO Kelantan turut menganjurkan program jelajah prihatin sempena sambutan 50 tahun (jubli emas).

Ianya sebagai simbolik memperlihatkan besarnya peranan PERKESO dalam melunaskan tanggungjawab kepada pencarum itu sendiri. – HARAKAHDAILY 4/4/2021

- Advertisement -