Masyarakat kesan penduduk daif tercicir bantuan

- Advertisement -

ARAU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengalu-alukan anggota masyarakat menjadi mata telinga kerajaan sekiranya terdapat golongan sasar yang tercicir daripada mendapat bantuan.

Timbalan Menterinya, Dato’ Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengalukan maklumat tentang kumpulan sasar yang tercicir mendapat bantuan sekiranya mereka layak.

Katanya juga setiap anggota masyarakat hendaklah mengambil peduli dengan persekitaran di kediaman masing-masing bagi mengesan jenayah keganasan rumah tangga.

- Advertisement -

“Sekiranya kita dengar jiran-jiran berhadapan dengan masalah rumah tangga, buatlah aduan kepada Talian Kasih yang beroperasi 24 jam” katanya selepas melancarkan program Bakul Makanan di Sanglang hari ini.

Hadir sama Adun Sanglang Mohd Shukri Ramli dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis dan pimpinan setempat.

Siti Zailah juga berkata, hampir 9,000 menerima manfaat program Bakul Makanan di Perlis yang merangkumi barangan makanan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

Menurutnya melalui program itu diharap lebih ramai rakyat menerima manfaat daripada program yang dianjurkan kerajaan.

Beliau juga berkata, kerajaan berusaha memudahkan urusan pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 dalam kalangan rakyat terutamnya golongan sasar di bawah KPWKM dengan membuka kaunter pendaftaran.

“Kita mengalu-alukan warga emas, golongan kurang upaya termasuk ibu tunggal untuk mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin.

“Pada program-program di bawah kementerian kita juga akan membuka kaunter supaya memudahkan urusan pendftaran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/4/2021

- Advertisement -