AD50 proses sisa makanan hasil biogas

- Advertisement -

ARAU: Mesin Pencernaan Anaerobik (AD50) yang dihasilkan pada pertengahan 2019 bagi memproses sisa makanan mampu menghasilkan inoculant yang sesuai untuk penambahbaikan bio-kompos.

AD50 berkapasiti 50 kilogram dihasilkan melalui jalinan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan E-Idaman Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Digital Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital UniMAP, Prof Ir Dr Anuar Mat Safar berkata, E-Idman berbesar hati menempatkan mesin tersebut di UniMAP.

- Advertisement -

Katanya, sisa makanan yang diproses akan menghasilkan 5m3 biogas untuk memasak dan bio-kompos yang digunakan sebagai baja bagi tanaman sekitar.

“Kerjasama universiti dengan syarikat industri membolehkan jumlah kertas penyelidikan mengenai bidang pertanian semakin bertambah,” ujarnya pada perasmian Makmal Penyelidikan UniMAP – E-Idaman di UniMAP hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) UniMAP Dr Afizah Ayob dan Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd Zaki Abdul Aziz Daud.

Dr Anuar juga berkata, penyelidikan dan modal insan bukan sahaja memberi impak kepada UniMAP dan E-Idaman, sebaliknya menyumbang kepada kemajuan teknologi pengurusan sisa pepejal di Perlis. – HARAKAHDAILY 1/4/2021

- Advertisement -