NIOSH minta kontraktor semak aspek keselamatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) menggesa pihak pemaju, kontraktor utama dan subkontraktor memastikan kerja-kerja pembinaan mematuhi peruntukan perundangan serta prosedur kerja selamat.

- Advertisement -

Naib Pengerusinya Datuk T. Mohan berkata majikan perlu komited dalam menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerja mereka termasuk orang awam yang terdedah kepada risiko. 

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 juga menyatakan secara jelas tanggungjawab pihak pemilik industri bukan sahaja ke atas pekerja dan kontraktor tetapi juga kepada orang awam, katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau mengulas insiden yang meragut nyawa tiga pekerja di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Puncak Bayan, Persiaran Alam Damai, Cheras, semalam. 

Kejadian itu merupakan insiden kedua melibatkan tapak pembinaan itu tahun ini. – BERNAMA

- Advertisement -