Tiga beradik cacat penglihatan gembira dikunjungi Menteri Kewangan

Foto daripada Facebook YADIM.
- Advertisement -

ARAU: Tiga adik beradik cacat penglihatan yang tinggal serumah di Kampung Titi Besi dekat sini meluahkan rasa gembira dan teruja hari ini, kerana menerima kunjungan istimewa daripada Menteri Kewangan Malaysia (MOF), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam kunjungan itu Tengku Zafrul menyerahkan cek bernilai RM10,000 sebagai sumbangan projek baik pulih keluarga asnaf Is’ad al Usrah dalam misi prihatin bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

- Advertisement -

Adik bongsu dari tiga beradik itu Che Zainah Ibrahim, 69, berkata beliau rasa bersyukur kerana ada pihak sudi membantu untuk meringankan beban mereka.

Katiga-tiga beradik yang tinggal serumah sejak kecil itu Halijah Ibrahim, 80, yang mesra disapa Mak Andak, Che Manai Ibrahim, 74, (Makcik) dan Che Zainah Ibrahim, 69, (Maksu) mengakui mereka merasa bahagia hidup bersama, sepakat melakukan kerja rumah dan mencari rezeki.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang ditemui di rumah mereka berkata sumbangan itu adalah bagi tujuan menambah baik rumah ketiga-tiga beradik itu. – BERNAMA

- Advertisement -