Bekal kepakaran teknikal PRU15 ke semua Parlimen

- Advertisement -

LIPIS: Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPrN) Pahang telah meningkatkan kesiapsiagaannya menghadapi PRU15 dengan membekalkan kepakaran-kepakaran teknikal ke seluruh Parlimen negeri itu.

Pengarah JPrN Pahang, Hamdan Abdullah berkata, gendang PRU15 telah dipalu pihaknya sejak awal 2021 sebagai persiapan telah diadakan Jentera Pilihan Raya PAS Parlimen (JPrP) dan DUN (JPrD) lepas dari PRU14 lalu lagi.

Jelas beliau, bantuan kepakaran tersebut adalah bagi memastikan semua jentera berada dalam persiapan yang maksimum dan berada di tahap terbaik agar segala strategi dan perancangan dirangka dapat dilaksanakan.

- Advertisement -

Beliau bercakap kepada JPrP Lipis dalam pertemuan sempena Jelajah Pemantauan Persiapan JPrP dan JPrD PRU15 yang diadakan di Dewan Abdullah Sani, Kompleks Tarbiyah (KOTA) PAS, Kampung Berembang, Kuala Lipis, di sini.

Sempena jelajah itu juga telah diadakan sesi perbincangan dua hala yang disertai wakil-wakil JPrD Cheka, Padang Tengku, Benta dan JPrD Dong dari Parlimen Raub dalam mengemaskini gerak kerja semasa.

Hadir sama adalah Setiausaha JPrN Pahang, Muttacohiri Ludin dan Pengarah JPrP Lipis, Rosli Nabor. – HARAKAHDAILY 19/3/2021

- Advertisement -