Penggal akhir kerajaan Sarawak Julai ini

- Advertisement -

KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sawarak kali ke-11 diadakan pada 2016. PRN tersebut diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir penggal sekarang Julai 2021.

Ini bermakna tempoh matang PRN sudah berada di penghujung. PRN Sarawak boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Pada PRU lepas, lebih 1.13 juta pengundi membuang undi. Ketika itu BN bertanding di 80 kerusi Dun.

- Advertisement -

Manakala PKR (40 kerusi), DAP (31), Amanah (13), PAS (11), STAR (11), PBDS Baru (5), selain itu 35 calon Bebas turut bertanding.

Pada PRN tersebut BN menang di 72 daripada 82 kerusi Dun yang ditandingi. Bagaimanapun selepas Kerajaan BN kecundang di peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei 2018, BN Sarawak membawa diri.

Pada 16 Jun 2018, BN Sarawak keluar daripada BN Pusat dan menubuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang turut dianggotai PBB, PRS, SUPP dan PDP.

Bagaimanapun PRN ke-12 belum dapat diadakan berikutan kerajaan mengisytiharkan proklamasi darurat pada 11 Januari lepas. Darurat akan berakhir pada 1 Ogos hadapan.

Begitu juga Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi, Gerik dan Dun Bugaya ditangguh kerana darurat. PRK Batu Sapi sepatutnya diadakan pada Disember lepas.

Mengambil kira tempoh berbaki semakin singkat Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan jentera PBB bertungkus lumus melaksanakan program turun padang bagi mendekati rakyat.

Antaranya Skuad Kasih Sayang Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Belingan menyantuni warga emas di Saribas semalam.

Adun Saribas, Mohammad Razi Sitam berkata, program tersebut digiatkan sejak sejak tahun lepas dengan memfokuskan usaha membantu warga emas termasuk menyumbang kerusi roda.

“Kami membuktikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas khususnya di Dun Saribas,” katanya ketika pada majlis penyerahan kerusi roda kepada tiga penduduk.

Warga emas terbabit tinggal di Kampung Belingian, Kampung Hulu dan Kampung Hilir Belingian, Saribas. – HARAKAHDAILY 15/3/2021

- Advertisement -