PAS Raub giat jalin hubungan bersama jabatan kerajaan

- Advertisement -

RAUB: PAS Kawasan Raub telah meluaskan lagi hubungan dengan pelbagai pihak apabila mengadakan kunjungan mahabah ke Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Raub di Gali Tengah, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Delegasi ini diketuai Yang Dipertua, Dr Mohamed Nilam Abdul Manaf dan disertai Naib Yang Dipertua, Ustaz Tg Abd Rahman Tg Jaafar serta Pengarah Pilihan Raya, Bedu Rahim Ismail dan Ketua Muslimat, Habidah Salleh serta Ahli Jawatankuasa lain.

Kunjungan julung kali ke KEMAS ini merupakan lawatan kali kedua PAS Raub atas jabatan-jabatan kerajaan sejak Perikatan Nasional menguasai pemerintahan Kerajaan Persekutuan dimulai Majlis Daerah Raub pada tahun lalu.

Kehadiran rombongan disambut Pegawai KEMAS Raub, Mohd Ali Mazlan dan Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran, Ustaz Khairul Azhar Abdul Manaf serta Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan (Pendidikan dan Kemahiran), Zainab Rajali dan Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak, Ramlah Mat Kani.

Kunjungan yang bertujuan memasyarakatkan PAS ini menjadi kesempatan untuk menjalin hubungan dan silaturahim serta bertukar fikiran antara kedua pihak selain mendengar usaha-usaha dilaksanakan KEMAS.

Pada ketika ini, KEMAS Raub menyelia Tadika KEMAS yang mempunyai 38 guru Diploma Pendidikan Kanak-kanak dan 33 pembantu dari Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) bersama 321 kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Pihak KEMAS Raub juga mempelawa Muslimat PAS menyertai program dianjurkan Wanita KEMAS seperti kelas jahitan, kraftangan, masakan dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 13/3/2021

- Advertisement -