PAS teguhkan kekuatan bersama komponen PN di Raub

- Advertisement -

RAUB: PAS Kawasan Raub telah turut serta dalam perjumpaan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) pada Majlis Makan Malam Bersama YB Menteri yang diadakan di Pejabat BERSATU Bahagian Raub di Jalan Pekeliling, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Raub, Dr Mohamed Nilam Abdul Manaf mengetuai delegasi yang turut disertai Pengarah Pilihan Raya, Bedu Rahim Ismail dan Ketua Muslimat, Habidah Saleh dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Raub yang lain.

Manakala Pengerusi BERSATU Raub, Dato’ Fakrunizam Ibrahim dan Pengerusi GERAKAN Raub, Dato’ Tee Teow Lay hadir bersama Ahli Jawatankuasa masing-masing pada majlis bersifat suai kenal dan ramah mesra itu.

Penganjuran majlis adalah bersempena siri Jelajah Pengerusi PN Pahang, Dato’ Saifuddin Abdullah yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia di mana terdahulu melancarkan Majlis Malaysia Prihatin di Dewan UiTM Raub, sebelah petangnya.

Antara turut serta dan menyampaikan ucapan adalah Pegawai Daerah Raub, Dato’ Mohammad Shahid Ismail yang ucapannya diwakili Penolong Pegawai Daerah, Khairul Adha Hakim Idris berikutan berada di luar daerah.

Dato’ Saifuddin dalam ucapannya mentaklimatkan mengenai Proklamasi Darurat dan Penghakupayaan Komuniti Berkaitan COVID-19 yang dijelaskan langsung kepada wakil-wakil masyarakat seluruh daerah negeri ini.

Maklumnya juga, sebagai Menteri bertanggungjawab, beliau perlu menyampaikan sama perkembangan setahun Kerajaan PN memerintah negara Malaysia serta cabaran-cabaran dihadapi bersama rakyat.

Sempena program ini juga beliau melancarkan tiga van Penerangan yang dilengkapi segala peralatan multimedia di mana akan membantu menggerakkan aktiviti Jabatan Penerangan (JAPEN) ke seluruh negara.

Terutama menurutnya, digunakan sewaktu luar jangka seperti banjir dan seumpamanya di mana amat memerlukan kemudahan internet dan lainnya yang menjadi peralatan juga bagi pihak wartawan menyampaikan perkembangan terkini. – HARAKAHDAILY 13/3/2021

- Advertisement -