Menggali pengalaman tiga negeri ditadbir PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mencipta sejarah apabila PAS sekali lagi mengulangi kejayaan mentadbir dua negeri serentak. Ia mengulangi apa yang pernah berlaku pada 1999 dan 2008.

Pada 1999 Kelantan dan Terengganu ditadbir PAS. Manakala pada 2008 Kelantan dan Kedah juga ditadbir PAS secara serentak.

Namun pasra PRU14 mencatat satu lagi sejarah apabila tiga negeri terbabit serentak berada di bawah PAS.

Cuma berbeza di Terengganu ditadbir sepenuhnya PAS sama seperti di Kelantan. Namun di Kedah lebih dikenali sebagai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Tentunya orang ramai menunggu bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai kerajaan yang ditadbir PAS di Terengganu dan Kedah.

Oleh itu bagi mengikut dari dekat perkembangan tersebut NGO Ummah dan Harakah TV menganjurkan Webinar Dialog NGO bersama Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Terengganu pada Sabtu ini.

Turut diundang bagi mengupas pencapaian tersebut Prof Dr Roslan Mohd Noor daripada Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Selain itu Dr Kamarul Zaman Yusoff (Persatuan Intelektual Negara – PINTAR) dan Prof Dr Aishah Hasan (Association of Muslim for Nurture & Advocasy (AMNA).

Webinar itu secara tidak langsung bertujuan mendekatkan NGO-NGO dengan kerajaan-kerajaan kerajaan negeri dipimpin PAS.

“Selain itu mendapat maklumat secara langsung isu-isu kerajaan negeri
dan menerima pandangan-pandangan membina daripada NGO terbabit,” kata pihak penganjur.

Webinar dan dialog tersebut akan disiarkan secara melalui facebook Harakah TV mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Jangan lupa Sabtu ini. – HARAKAHDAILY 4/3/2021

- Advertisement -