GU serah kutipan RM70,000 untuk Dana Al-Aqsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pencinta Ulamak, Geng Ustaz (GU) menyerahkan kutipan Dana Al-Aqsa berjumlah RM70,000 kepada Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, semalam.

Menurut Naib Presiden GU, Wan Hairul Anuar Abdullah, dana tersebut diserahkan kepada Abdul Hadi bagi menguruskannya untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin yang berdepan dengan berbagai ancaman kemanusiaan.

- Advertisement -

Beliau pada masa sama turut menzahirkan rasa syukur dan gembira dapat menziarahi Abdul Hadi yang sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) atas masalah kesihatannya.

“Rezeki Allah, hasrat Ziarah Mahabbah Murabbi Ummah Tuan Guru Ayah Chik, yang amat kami, Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak atau Geng Ustaz kasihi, dimaqbul Allah.

“Dalam suasana ceria, selesa, serta santai, pertemuan sekitar dua jam mendapat sentuhan terus dari minda Tuan Guru merangkumi pelbagai perkara pesanan, taujihat, nasihat serta pengalaman Tuan Guru dalam dan luar negara,” ujarnya dalam satu hantaran Facebook beliau.

Jelasnya, kesemua yang dikongsi Abdul Hadi menjadi satu ilmu serta panduan kepada mereka dalam mengurus sesuatu isu dan berita yang bertepatan dengan tuntutan syariat.

Beliau dalam masa sama turut mendoakan agar Presiden PAS itu dikurniakan kesihatan yang baik, minda yang tajam serta ilmu yang sentiasa bertambah bagi terus memimpin ummah jalan ke Syurga Allah. – HARAKAHDAILY 4/3/2021

- Advertisement -