Giliran Shah Firdaus rangkul emas keirin

Foto daripada Facebook Azizulhasni Awang.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek negara Shah Firdaus Sahrom membuktikan kemampuannya apabila berjaya mengatasi pelumba elit Mohd Azizulhasni Awang untuk muncul juara keirin, Kejuaraan Victoria 2021 hari ini.

Sementara Azizul menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Pollard dari Victorian Institute of Sports (VIS), meraih tempat ketiga.

Dalam hantaran di laman Facebook, Azizul yang dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ memuji teman rakan sepasukannya dengan berkata, kejayaan dilakar Shah Firdaus itu membuktikan pelumba itu berpotensi untuk membawa kejayaan kepada negara dalam Sukan Olimpik Tokyo pada Julai ini.

- Advertisement -

“Shah Firdaus membuktikan yang beliau juga mempunyai potensi besar untuk membawa kejayaan di Olimpik Tokyo nanti, selepas mengalahkan saya dalam acara Keirin hari ini. Beliau beraksi dengan cemerlang untuk merangkul kejayaan di tempat pertama.

“Jutaan terima kasih daripada saya kepada semua yang datang (penyokong) memberikan sokongan kepada kami berdua tadi. Malaysia Boleh,” katanya menerusi catatan itu.

Dua pelumba berkenaan yang sedang membuat persiapan ke Olimpik di Melbourne, sebelum ini meraih kedudukan 1-2 (Azizul-Shah Firdaus) pada Kejohanan Trek Elit Victoria minggu lalu. – BERNAMA

- Advertisement -