Polis rampas dadah bernilai RM3.6 juta

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan berjaya merampas sejumlah dadah dianggar bernilai RM3.6 juta dalam operasi yang diadakan di kawasan semak Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang semalam.

Ketua Polis Kelantan Dato’ Shafien Mamat berkata, rampasan membabitkan sebanyak 101 kilogram dadah, bagimanapun tiada tangkapan dilakukan.

“Anggota polis membuat pemeriksaan di sekitar tapak rumah lama dan telah menjumpai empat bungkusan plastik hitam.

“Pemeriksaan dalam kesemua bungkusan berkenaan didapati berisi ketulan kristal yang disyaki dadah,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan hari ini.

- Advertisement -

Beliau berkata, rampasan terbaru itu menjadikan nilai rampasan oleh dua agensi sempadan bernilai lebih RM22 juta.

Bagaimanapun, sindiket berkenaan turut dipercayai ada kaitan dengan beberapa kumpulan sindiket dadah yang aktif di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand baru-baru ini.

Baru-baru ini Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membuat rampasan terbesar dadah yang disyaki jenis syabu sebanyak 107 kilogram dengan nilaian RM4.2 juta. – HARAKAHDAILY 25/2/2021

- Advertisement -