Presiden PAS dibenar keluar IJN

- Advertisement -

SYUKUR Alhamdulillah, hari ini saya telah dibenarkan untuk pulang setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin.

Pastinya saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada para doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN, atas kecekapan dan profesionalisma yang tinggi, juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya.

- Advertisement -

Sepanjang tempoh rawatan, saya turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, selain pelbagai langkah yang diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi negara. Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama.

Dari jendela Institut Jantung Negara, saya berterima kasih kepada semua.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
19 Februari 2021, IJN. – HARAKAHDAILY 19/2/2021

Berita sebelum ini https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/16/kondisi-kesihatan-presiden-pas-stabil/

- Advertisement -