Pembangunan insfrastruktur logistik Sabah diberi perhatian

- Advertisement -

SAYA secara rasminya menjemput Forum Logistik Sabah (SLF) yang dipengerusikan oleh Datuk Ng Kiat Min untuk menjadi sebahagian daripada Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF). Dengan kemasukan SLF, MOT berharap dapat menerima input yang lebih bermakna mengenai landskap logistik Sabah untuk membantu pertumbuhan Malaysia secara menyeluruh. NLTF adalah ruang untuk menyalurkan pandangan menyeluruh mengenai inisiatif dan cadangan-cadangan bagi mengembangkan sektor logistik. Saya amat mengalu-alukan idea dan cadangan SLF untuk membangunkan sektor logistik Sabah.

Saya turut mengatakan bahawa dalam keseluruhan pembangunan infrastruktur logistik dan perdagangan Sabah, kita juga perlu mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi lain dalam bidang berkaitan termasuklah keselamatan dan ekonomi.

- Advertisement -

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan oleh Kerajaan Persekutuan, MOT akan membangunkan hub di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo bagi tujuan mengembangkan jaringan untuk mengangkut dan mengedarkan barangan antara pelabuhan dan lapangan terbang Sabah, seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kami akan terus melibatkan pemain-pemain industri seperti SLF untuk mengenal pasti lokasi yang akan memberi kesan optimum kepada ekosistem logistik Sabah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada SLF atas ‘kunjungan hormat’ maya kelmarin yang diketuai oleh Pengarah Urusan Sabah Ports Sdn Bhd, Datuk Ng; Presiden Persatuan Logistik dan Penghantar Barangan Sabah, Dato’ Johnson Dai, Presiden MICCI, Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau; Presiden Persekutuan Industri Sabah, Encik Richard Lim; Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia, Encik James Ha; Ketua Institut Logistik dan Pengangkutan Malaysia (cawangan Sabah), Puan Siti Noraishah Azizan dan Presiden Persatuan Ejen Perkapalan Sabah, Encik Chow Yang Ann.

Kami telah mengadakan perbincangan yang sangat bermakna dan akan meneruskan lagi pertemuan pada masa hadapan.

I have formally invited the Sabah Logistics Forum chaired by Datuk Ng Kiat Min to be part of the National Logistics Taskforce (NLTF). With the SLF’s inclusion, MOT can expect to receive more meaningful inputs on Sabah’s logistics landscape to aid Malaysia’s overall growth. NLTF is the space for a comprehensive bird’s eye view of initiatives and proposals to develop the logistics sector and I welcome the SLF’s ideas and suggestions to develop the Sabah side. 

I also said that in the entire development of Sabah’s logistics and trade infrastructure, we will also need to engage the help of other agencies in related fields including security and the economy.

As part of the Federal Government’s implementation of the Logistics and Trade Facilitation Masterplan, MOT will set up consolidation hubs all along the Pan Borneo Highway to develop the network to transport and distribute goods between Sabah’s ports and airports, among which are located in Sandakan, Lahad Datu and Tawau. We will continue to engage industry players such as SLF to identify locations that will give optimum impact to Sabah’s logistics ecosystem.

I wish to thank the SLF for their ‘virtual’ courtesy call to me yesterday led by the Datuk Ng, Managing Director of Sabah Ports Sdn Bhd, accompanied by Dato’ Johnson Dai, President of the Sabah Logistics and Freight Forwarders Association, Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau, President of MICCI, Mr Richard Lim, President of Federation of Sabah Industries, Mr James Ha, President of the Federation of Malaysian Manufacturers, Puan Siti Noraishah Azizan, Chairperson of the Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia, Sabah branch, and Mr Chow Yang Ann, President of the Sabah Shipping Agents Association.

We had a very fruitful discussion and look forward to further engagements.

DATUK SERI IR DR WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan – HARAKAHDAILY 19/2/2021

- Advertisement -