PGA guna dron kesan aktiviti penyeludupan

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) mempertingkatkan lagi pemantauan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dengan menggunakan peralatan dron bagi mengesan aktiviti penyeludupan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, hasil daripada penggunaan dron berjaya mematahkan cubaan penyeludupan kain batik yang bernilai RM28,000.

Katanya, PGA mendapat bantuan daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang untuk menjalankan pemantauan udara menggunakan dron.

- Advertisement -

“Selain memantau aktiviti penyeludupan di sepanjang Sungai Golok, dron juga dapat mengesan pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“PGA sentiasa berkolaborasi dengan agensi penguatkuasa lain bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan keselamatan di kawasan sempadan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya juga sebanyak lapan operasi bersepadu dijalankan sepanjang tahun lepas bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Polis Marin dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau juga berkata, Briged Tenggara PGA akan berusah memperketatkan kawalan sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dengan melakukan pelbagai inisiatif menghalang segala bentuk ancaman yang boleh menggangu gugat keselamatan dan kedaulatan negara. – HARAKAHDAILY 16/2/2021

- Advertisement -