Platform Sugarbook.com suburkan pelacuran

- Advertisement -

PENGASAS Sugarbook.com adalah Darren Chan, bermastautin di Malaysia, menjalankan perniagaan atas talian yang menjadi platform untuk pelacuran. Perniagaan atas talian ini mendapat pelaburan daripada pelabur Hong Kong, seperti yang disebut dalam artikel temuramah pengasas Sugarbook tersebut (sila rujuk artikel [2]). Pembangunan aplikasi dipercayai dijalankan dari Malaysia.

Aplikasi ini digunakan oleh pengguna dari Malaysia, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain negara. Namun, berdasarkan berita [1] Malaysia menjadi ‘sarang’ kepada 42,500 ‘sugar daddy’, ketiga paling tinggi di Asia. 

- Advertisement -

Lokasi pendaftaran domain aplikasi

Server aplikasi ini difahamkan dihoskan atas nama domain Sugarbook.com yang berdaftar di Amerika Syarikat (pendaftar domain GoDaddy.com). Ia dihoskan di Cloudflare.com di bawah dua alamat IP (Internet Protocol)104.21.71.211 (US) dan 172.67.171.188 (Japan).

Semakan nama Sugarbook.com memberi maklumat di bawah:

nslookup sugarbook.com adi.ns.cloudflare.com

Server:              adi.ns.cloudflare.com
Address:           108.162.192.56#53
Name:  Sugarbook.com
Address: 104.21.71.211 (Cloudflare San Francisco, US)
Name:  sugarbook.com
Address: 172.67.171.188 (Cloudflare Japan)

Maklumat pendaftaran domain boleh didapati daripada link ini: 

https://whois.domaintools.com/sugarbook.com

Tindakan lanjut

Oleh itu, diharap pihak kerajaan dapat menjalankan siasatan bersabit dua akta:

(1) Akta Komunikasi Multimedia 1998 – seksyen 211
(2) Akta Kanun Keseksaan (Penal Code) Seksyen 372, 372A, 372B 

Oleh kerana pihak kerajaan di bawah SKMM menjalankan langkah proaktif selama ini untuk menyekat laman pornografi [3], diharap tindakan yang sama dapat diambil dengan kadar segera, iaitu menyekat domain Sugarbook.com. Namun pihak Sugarbook.com mungkin akan mendaftar atas nama domain lain untuk terus dapat dicapai oleh pengguna Malaysia. Oleh itu, pihak MCMC diharap dapat terus memantau dan menyekat lain-lain domain yang bakal digunakan untuk membolosi sekatan di semua laluan pintu masuk (gateway) Internet Malaysia.

Berdasarkan kes sebelum ini pada tahun 2018, sila rujuk artikel [4], mereka yang terlibat menjadi orang tengah dan hidup atas hasil persundalan (prostitution), yang dijalankan melalui aplikasi WeChat telah dihukum penjara dan menerima sebatan bersabit Akta Kanun Keseksaan Seksyen 372(1) dan 372A(1).

Oleh itu, diharap siasatan menyeluruh, sekatan domain, dan tindakan undang-undang dapat diambil untuk menghentikan operasi ini yang jelas melanggar undang-undang negara. Adalah juga diharap forensik komputer dapat dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat sugar daddy dari pangkalan data (database) mereka, agar tindakan undang-undang dapat diambil, kepada pelanggan yang menggunakan aplikasi ini untuk meminta (solicit) perkhidmatan pelacuran, yang bersabit kesalahan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Rujukan

[1] Pandemik heret pelajar universiti ke kancah ‘sugar baby

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/10/pandemik-heret-pelajar-universiti-ke-kancah-sugar-baby/

Tarikh: 10 Februari 2021

“Semalam, FMT melaporkan Malaysia menjadi ‘sarang’ kepada 42,500 ‘sugar daddy’, ketiga paling tinggi di Asia selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250), menurut SeekingArrangement laman ‘Sugar Dating’ terbesar dunia.”

[2] Interview Darren Chan founder of Sugarbook

https://www.entrepreneur.com/article/328047

Tarikh: 13 Februari 2019

“According to Chan, sugar dating is a modern kind of dating. “We believe the recipe to a successful sugar relationship is to always state down your unique wants and needs before getting into any sugar relationship and that includes monthly allowance expectations, paying tuition fees, house rental, shopping expenses and exotic travel arrangements,” he explains.”

[3] MCMC: Almost 3,000 pornographic sites blocked since Sept 2018

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2021/01/660369/mcmc-almost-3000-pornographic-sites-blocked-sept-2018

Tarikh:25 Januari 2021

“According to the MCMC, action to block access to pornographic websites is still being proactively carried out.

“Legal action will be taken against those who provide or spread pornographic content via social media platforms. “It is an offence according to Section 233 of the Communications and Multimedia Act of 1998 that provides for a maximum fine of RM50,000, or a year in prison, or both.”

[4] Dipenjara 14 tahun terbabit aktiviti persundalan

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/402859/dipenjara-14-tahun-terbabit-aktiviti-persundalan

Tarikh: 23 Mac 2018

“Seorang bekas penuntut perubatan dari universiti di Mesir dan pekerja hotel masing-masing dihukum penjara 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti persundalan, termasuk menjadi orang tengah menerusi aplikasi WeChat, dua tahun lalu.” 

DATUK HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri MOSTI
15 Februari 2021 – HARAKAHDAILY 15/2/2021

- Advertisement -