Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina alaf baru

- Advertisement -

SARAWAK mempunyai pelbagai bangsa, etnik, dan kepercayaan agama. Setiap tahun mereka yang mengamalkan pelbagai agama akan menyambut Tahun Baharu atau perayaan hari-hari keagamaan masing-masing.

Februari ini, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru. Tarikh Tahun Baru Cina akan berubah setiap tahun kerana mengikut tarikh dalam Kalendar Lunar, tetapi biasanya jatuh pada awal tahun pada bulan Januari atau Februari.

- Advertisement -

Tahun ini mungkin bukan perayaan yang meriah seperti sebelumnya kerana perayaan Tahun Baru Cina masih dibenarkan tetapi menurut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti yang dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali sebelumnya, aktiviti keluarga besar juga hanya dibenarkan di rumah dengan ahli keluarga dari rumah sama sahaja. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih dilaksanakan untuk mengelakkan wabak COVID-19 dari terus merebak.

Pada kesempatan ini, PAS Sarawak ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina tanpa mengira kepercayaan agama dan fahaman politik. Semoga kesejahteraan, kedamaian, dan perpaduan kaum dapat dijaga dengan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat dan kepercayaan pelbagai kaum di negara ini terus terpelihara.

Tahun Baru, jangan hidup di masa lalu kerana ia boleh membuat anda tertekan; jangan hidup untuk masa depan kerana ia hanya akan membuat anda cemas. Hidup hanya pada masa sekarang kerana itu sahaja yang akan memberi anda ketenangan. Selamat Tahun Baru Cina 2021!

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak 

English version

Chinese New Year celebration of the new millennium

Sarawak has various races, ethnicities, and religious beliefs. Every year those who practice various religions will celebrate the New Year or the celebration of their respective religious days.

This February, the Chinese community will celebrate the New Year. Chinese New Year dates change each year because they follow the date in the lunar calendar but usually fall at the beginning of the year in January or February.

This year may not be as lively as before because Chinese New Year celebrations are still allowed but according to the SOP set by the government has done during Hari Raya Aidilfitri and Deepavali earlier, large family activities are also only allowed at home with family members from the same house. The implementation of the Movement Control Order (MCO), is still being implemented to prevent the Covid-19 epidemic from spreading further.

On this occasion, PAS Sarawak would like to wish a Happy Chinese New Year to all Chinese communities regardless of religious beliefs and political affiliation.

May the well-being, peace, and unity of the races be maintained with a harmonious life in society and the multi-racial beliefs in this country continue to be preserved.

New Year, do not live in the past as it can make you depressed; do not live for the future as it will only make you anxious. Live only in the present because that alone will give you peace. Stay safe and Happy Chinese New Year 2021!

Yours faithfully,
JOFRI JARAIEE
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief – HARAKAHDAILY 11/2/2021

- Advertisement -