Ayuh bersama bendung gejala LGBT

- Advertisement -

LGBT singkatan daripada perkataan lesbian, gay, bisexual dan transgender. LGBT adalah penyimpangan sosial yang memiliki orientasi yang bertentangan dengan fitrah manusia, agama dan budaya hidup masyarakat.

Lesbian merupakan istilah bagi wanita yang mengarahkan orientasi seksualnya kepada sesama jenisnya. Istilah ini juga merujuk kepada wanita yang mencintai wanita baik secara fizikal emosional dan seksual, atau bahkan secara spiritual.

Gay adalah istilah digunakan untuk orang yang homoseksual. Homoseksual merupakan di mana lelaki suka kepada lelaki atau kaum sejenisnya.

Besexual ialah individu yang yang menikmati hubungan seks sama ada dengan lelaki mahupun wanita. Emosional dan seksual dengan orang lelaki dan wanita.

- Advertisement -

Transgender ialah orang yang menukar identiti misalnya dia seorang lelaki menukar alat sulit lelaki kepada perempuan begitulah sebaliknya.

LGBT menurut pandangan Islam

Dalam Islam LGBT dikenal dengan dua istilah, iaitu liwat (gay) dan ihaaq (lesbian). Liwat (gay) adalah perbuatan yang dilakukan oleh laki-laki dengan cara melakukan hubungan seksual lelaki bersama lelaki.

Liwath adalah suatu kata (penamaan) yang diisbatkan kepada kaumnya Luth ‘Alaihis salam, karena kaum Nabi Luth ‘Alaihis salam adalah kaum yang pertama kali melakukan perbuatan ini. Allah S.W.T menamakan perbuatan ini dengan perbuatan yang keji (fahisy) dan melampui batas (musrifun).

Sebagaimana Allah terangkan dalam al Quran maksudnya: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?” Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (Surah Al-‘Araf 7: ayat 80-81)

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah akhlaknya. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Perbuatan homoseksual dalam kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis maksiat ini berleluasa dalam kehidupan mereka.

Dakwah Nabi Lut mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan maksiat itu tidak diterima oleh kaumnya termasuk isterinya sendiri.

Akhirnya Allah menghancurkan bumi Sadum dengan gempa bumi yang kuat dan menghancurkan bumi Sadum dan semua penghuninya. Sekarang dikenal dengan laut mati. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu cenderung untuk menjadi LGBT antaranya adalah:

Keluarga

Pengalaman atau trauma di masa anak-anak misalnya: Dikasari oleh ibu/ayah hingga si anak beranggapan semua pria/perempuan bersikap kasar, bengis dan panas baran yang memungkinkan si anak merasa benci pada orang itu. Itu melalui hubungan kekeluargaan yang renggang.

Bagi seorang lesbian misalnya, pengalaman atau trauma yang dirasakan oleh para wanita dari saat anak-anak akibat kekerasan yang dilakukan oleh bapa, kakaknya mahu pun saudara laki-lakinya. Kekerasan yang dialami daripada segi fizik, mental dan seksual itu membuat seseorang wanita bersikap benci terhadap semua pria.

Selain itu, bagi golongan transgender faktor lain yang menyebabkan seseorang itu berlaku kecelaruan gender adalah sikap orang tua yang idamkan anak laki-laki atau perempuan juga akan mengakibatkan seorang anak itu cenderung kepada apa yang diidamkan.

Persekitaran pergaulan

Kebiasaan pergaulan dan lingkungan menjadi faktor terbesar menyumbang kepada kekacauan seksual yang mana salah seorang anggota keluarga tidak menunjukkan kasih sayang dan sikap sebagai orang tua.

Keluarga yang terlalu mengekang anaknya. Bapa yang kurang menunjukkan kasih sayang kepada anaknya. Hubungan yang terlalu dekat dengan ibu sementara renggang dengan bapa. Kurang menerima pendidikan agama yang benar sejak daripada kecil.

Selain itu, pergaulan dan lingkungan anak ketika berada di sekolah berasrama yang berpisah antara laki-laki dan perempuan turut mengundang terjadinya hubungan gay dan lesbian.

Biologis

Penelitian yang dibuat apakah itu terkait dengan genetika, ras, atau pun hormon. Seorang homoseksual memiliki kecenderungan untuk melakukan homoseksual kerana mendapat dorongan dari dalam tubuh yang sifatnya menurun/genetik. Penyimpangan faktor genetika dapat diterapi secara moral dan secara.

Bagi golongan transgender misalnya, karakter laki-laki dari segi suara, fizik, gerak geri dan kecenderungan terhadap wanita banyak dipengaruhi oleh hormon testeron. Jika hormon testeron seseorang itu rendah, ia biasa mempengaruhi perilaku laki-laki tersebut mirip kepada perempuan.

Faktor moral dan akhlak

Golongan homoseksual terjadi kerana adanya pergeseran norma-norma susila yang dianut oleh masyarakat, serta semakin menipisnya kontrol sosial yang ada dalam masyarakat tersebut.

Hal ini disebabkan kerana lemahnya iman dan pengendalian hawa nafsu serta kerana banyak rangsangan seksual. Kerapuhan iman seseorang juga menyebabkan segala kejahatan terjadi kerana iman sajalah yang mampu menjadi benteng paling efektif dalam mengekang penyimpangan seksual.

Pengetahuan agama lemah

Selain itu, kurang pengetahuan dan pemahaman agama juga merupakan faktor internal yang mempengaruhi terjadinya homoseksual. Ini kerana penulis merasakan didikan agama dan akhlak sangat penting dalam membentuk akal, peribadi dan peribadi individu itu.

Pengetahuan agama memainkan peranan yang penting sebagai benteng pertahanan yang paling ideal dalam mendidik diri sendiri untuk membezakan yang mana baik dan yang mana yang sebaliknya, haram dan halal dan lain-lain.

Kecanggihan teknologi disalah guna

Di zaman kecanggihan teknologi sekarang, selain memiliki kesan positif juga terdapat negatifnya, terutama anak muda yang masih tidak matang.

Kecanggihan teknologi justeru digunakan untuk hal negatif, banyak contoh yang biasa diambil di mana teknologi canggih justeru menjadi penyebab berkembangnya hal yang buruk, seperti penyebaran VCD atau video yang berbau pornografi, yang sangat mudah diakses. Hal inilah yang mengakibatkan banyak orang (terutama anak muda) menjadi menyimpang perilakunya, termasuk terkena perilaku LGBT.

Cara mengatasi LGBT

Peranan pergaulan dan pendidikan

Setiap kita pasti memiliki pengalaman tersendiri tentang peranan pergaulan dalam pembentukan jati diri dan perangainya. Sedikit sebanyak, cara berfikir dan kesukaan kita terpengaruh oleh keluarga, teman bergaul atau masyarakat sekitar.

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w memperingatkan kita agar memilih kawan yang baik untuk anak-anak kita, sehingga terpengaruh oleh kebaikan mereka dan terhindar daripada pengaruh buruknya.

“Perintahlah anak-anakmu untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah apabila enggan mendirikan solat ketika telah berumur 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka.” (HR. Abu Dawud dan disahihkan oleh Al Albany)

Berdoa kepada Allah

Saudaraku, ketahuilah bahawa perbuatan dosa dan khilaf terjadi kerana kita menuruti bisikan kotor, baik bisikan yang datang dari iblis atau dari jiwa yang tidak suci. Oleh kerana itu, dahulu Nabi s.a.w memohon agar dikurniakan hati yang suci dan dijauhkan dari perilaku yang buruk.

Peranan kerajaan

Kerajaan dengan kerjasama organisasi agama perlu merangka strategik yang berkesan bagi memulihkan golongan LGBT. Misalnya, menubuhkan sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab membawa golongan terbabit kembali ke pangkal jalan.

Khidmat nasihat dan kaunseling juga boleh diberikan kepada golongan terbabit yang hanyut dalam dunia LGBT agar mereka kembali insaf.

Kempen boleh dianjurkan dengan giat oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membendung dan membanteras gejala tersebt. Kempen boleh diadakan menerusi media elektronik seperti televisen atau internet dan media massa bercetak seperti akhbar. Iklan dan rencana tentang isu LGBT dan cara membasmi gejala LGBT seharusnya dipaparkan untuk pengetahuan masyarakat umum.

Peranan ibu bapa

Ibu bapa perlu mengawasi keadaan anak-anak mereka pada setiap masa. Perubahan fizikal dan emosi anak-anak juga perlu sentiasa dikawal agar kecenderungan mereka terhadap gejala LGBT ini dapat di bendung.

Ibu bapa boleh memantau anak-anak mereka dengan cara memeriksa kandungan telefon bimbit anak-anak, berkenalan dengan rakan-rakan mereka dan memahami peribadi anak-anak mereka.

Tindakan yang tegas wajar diambil oleh ibu bapa sekiranya anak-anak mereka terlibat dalam gejala LGBT.

Kesimpulan

Semua pihak harus bersatu padu bagi membendung gejala LGBT. Sikap masyarakat yang memandang ringan isu berkenaan haruslah dikikis agar anggota masyarakat bebas daripada gejala LGBT. Elak daripada kemurkaan Allah. – HARAKAHDAILY 11/2/2021

Penulis merupakan Pengarah ILHAM.

- Advertisement -