PAS, BERSATU redakan keluh kesah penduduk setempat

- Advertisement -

TASEK GELUGOR: Program Tasek Gelugor Sejahtera menjadi inisiatif telah dilaksanakan dalam membantu para penduduk setempat yang terkesan kehidupan mereka akibat pandemik COVID-19 ketika ini.

Usaha PAS Kawasan dan BERSATU Bahagian bagi Parlimen Tasek Gelugor ini telah dijalankan di Kampung Lahar Yooi, Permatang Kerai Besar dan Kecil, Kampung Aman, Guar Kepayang dan Merbau Kudong.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Kawasan, Mohd Sobri Salleh dan Ketua BERSATU Bahagian, Azmi Alang telah memimpin agihan bantuan dari rumah ke rumah berupa bakul makanan, beras dan peralatan sekolah ini, kelmarin.

Para penerima adalah dalam kalangan penduduk yang merupakan orang susah atau hilang mata pencarian dalam tempoh PKP ini, juga diuji dengan penyakit atau kemalangan atau keuzuran lain.

Turut bersama dalam menyantuni warga penduduk itu adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tasek Gelugor, Mohammad Rosli Yusof dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS dan Srikandi BERSATU.

Menurut Ketua Penerangan PAS Tasek Gelugor, Rizal Hafiz Ruslan, selain membantu penduduk tersebut, kesedaran mengenai COVID-19 juga diberikan serta mewujudkan keprihatinan untuk saling membantu.

Beliau juga mengalu-alukan para dermawan untuk menyokong menggiatkan lagi program seumpama menerusi sumbangan ke akaun Bank Islam 070-430-10005905 PAS Kawasan Tasek Gelugor.

“Kami berharap melalui program Tasek Gelugor Sejahtera ini dapat memberi impak dan dorongan kepada masyarakat agar saling membantu sepanjang masa sukar ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/2/2021

- Advertisement -