Tekanan mental: Bahana materialistik, hedonisme

Mencari 'mind peace' melalui panduan al-Kahfi

- Advertisement -

MEMBUNUH bukan fitrah manusia. Apalagi membunuh anak sendiri. Fitrah makhluk akan kasih kepada anak sendiri. Bila berlaku kes bunuh anak, ini bermakna ibu bapa sudah rosak fitrah. Manusia sudah hilang perikemanusiaan.

Faktor

Ia berpunca dari dua faktor; pertama hasutan Iblis. Akibat kepercayaan tertentu seperti ilmu hitam atau agama songsang, manusia sanggup melakukan perkara di luar norma. Melibatkan akidah.

Kedua, kerana gangguan emosi atau mental. Ia terjadi kerana mental disorderDepression boleh membawa kepada perlakuan sedemikian. Bila emosi sudah menguasai akal, halusinasi berlaku. Akal sudah tidak mampu mengawal diri. Bisikan halus menghasut diri.

- Advertisement -

Solusi

Di negara kita, kes sebegini lebih didorong oleh faktor gangguan emosi atau mental. Nak selesaikan? Tidak cukup sekadar memberi penerangan bahawa Islam melarang bunuh anak dengan dalil dan hujah. Mental sudah terganggu. Tak dapat fikir secara objektif mana betul mana salah. Perlu cari punca sebenar. Gangguan mental. Selesaikan masalah ini.

Masalah mental

Masalah mental banyak disumbang dengan gaya hidup moden yang materialistik dan Hedonisme. Materialistik; menganggap dunia ini hanya untuk mereka yang capai martabat social standard tertentu. Tak trendy, tak stylo, tak hipster, anda akan disisihkan.

Medsos menjadi medan persaingan material. Makin diskrol, makin tertekan bila tak dapat apa yang ditayangkan oleh rakan-rakan medsos. Rasa down teramat bila kita tak ada apa yang orang lain ada. Hedonisme, hanya fikir untuk enjoy. Diajar untuk lupakan masalah. Tak perlu selesaikan. Kononnya mind peace (ketenangan minda). 

Musik, game, filem, parti jadi alternatif hilangkan kekusutan. Bila overdos, semua itu sudah tidak berkesan. Mula cari arak, dadah dan pil. Hilangkan akal terus, ringan kepala. Inilah realiti dunia yang sedang memandu anak bangsa kita. Kemodenan itu bagus, tapi hati-hati dengan pakej yang akan diterima sekali.

Solusi al-Kahfi

Ajak pesakit kembali perbetulkan mindset mengenai mind peaceMind peace menurut Islam adalah membebaskan diri dari belenggu dunia. Mengikat diri dengan janji akhirat.

Lihat surah al-Kahfi. Pada ayat 6, tuhan menceritakan bagaimana Nabi sendiri turut mengalami tekanan emosi. Sehingga ramai ahli tafsir menganggap Nabi terdetik untuk bunuh diri atas kekecewaan menghadapi karenah Musyrikin Quraisy. Nabi juga manusia. Ada emosi yang turun naik.

Tuhan ubati dengan ayat 7 dan 8. Menceritakan hakikat dunia yang sementara. Sekadar pentas ujian untuk menentukan nasib di akhirat kelak. Bahkan ayat-ayat seterusnya, membawa kita memahami sudut pandang akhirat sebagai seorang Muslim.

Ayat 9 dan seterusnya, tuhan buka kisah Ashabul Kahfi. Antara intipati al-Kahfi adalah ukhuwah. Pesakit mental perlukan sokongan orang sekeliling. Kita semua perlu ada kesedaran mengenai kesihatan mental. Walaupun kita sihat, mana tahu ada orang sekeliling kita sakit. Bila kita tahu, kita boleh bantu apa yang patut. Atas semangat ukhuwah. Benar. Semua ini bukan mudah. Akhirat adalah benda yang bukan empirik. Tak boleh dikesan dengan panca indera. 

Ukhuwah pula dianggap retorik. Dalam dunia moden, semua orang diajar untuk narsistik. Nafsi nafsi. Jangan jaga tepi kain orang lain. Tapi semua ini boleh dibentuk dengan sistem tarbiyah. Wujudkan modul berteraskan manhaj al-Quran dan sunnah. 

Contohnya, suburkan iman dalam erti kata memperbetulkan kepercayaan (mindset). Bajai dengan takwa dalam erti kata taat suruhan dan larangan Allah di dunia. Pasti akan bertemu ketenangan minda yang hakiki.

Paling penting, kita harus merelakan diri untuk mengikuti tarbiyah Islam. Dalam hal kepercayaan dan perasaan, tiada siapa boleh memaksa.

ALANG IBN SHUKRIMUN
26 Jumadal Ukhra 1442
7 Februari 2021 – HARAKAHDAILY 7/2/2021

- Advertisement -