Akta 342 dipinda untuk kuat kuasa lebih tegas, cekap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri memaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat telah meneliti peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk dipinda.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan itu dibuat untuk membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan cekap boleh diambil.

Katanya, pindaan itu merangkumi arahan penutupan serta merta premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

- Advertisement -

Selain itu, katanya perundangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, operator francais dan pihak berkepentingan lain dalam rantaian organisasi perniagaan.

“Tindakan perundangan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing meliputi majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseorangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perutusan penjelasan terkini mengenai pelaksanaan Proklamasi Darurat dan Pemasyhuran Ordinan Darurat dalam mengurus pandemik Covid-19, hari ini.

Malahan, katanya kompaun yang lebih tinggi akan dikenakan kepada pesalah berulang atau pesalah yang telah diberi amaran.

“Tindakan penjara ke atas pesalah yang melanggar SOP dan tindakan tatatertib ke atas penjawat awam yang tidak mematuhi peraturan dan SOP termasuk kepada Ketua Jabatan berkaitan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/2/2021

- Advertisement -