NGO wanita bantu penduduk terjejas PKP

- Advertisement -

ARAU: Persatuan Wanita Prihatin Negeri Perlis (PWPP) bersama ahli jawatan kuasanya menziarahi keluarga yang terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri ini sekarang.

Pengerusi PWPP, Noor Fatimah Arifin berkata sebanyak 20 rumah diziarahi di kawasan Arau, manakala 12 di Padang Besar dan 13 lagi di Kangar.

“Kunjungan dalam suasana PKP amat mencabar kerana sedikit terbatas untuk beramah mesra dengan penduduk, lebih-lebih lagi membabitkan warga emas yang keuzuran.

- Advertisement -

“Menyedari akan risiko penularan Covid-19, kita patuh dengan SOP yang disediakan antaranya menghadkan masa ziarah, penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka setiap ahli rombongan.

“Tambahan pula, warga emas yang diziarahi berisiko untuk dijangkiti terutamanya mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis serta penyakit lain.

“Pada program ziarah kali ini, kita memberi sumbangan berbentuk barangan basah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan mi,” ujarnya ketika ditemui pada program berkenaan hari ini.

Menurut beliau lagi, kunjungan tersebut bertujuan untuk memantau dan melihat kehidupan penduduk yang terjejas dan berharap sumbangan yang diberi dapat meringankan beban mereka pada waktu yang sukar sekarang. – HARAKAHDAILYY 3/2/2021

- Advertisement -