Wujud kaedah lahir pelajar seimbang intelek, emosi

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mencadangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan kaedah baharu bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek dan emosi.

Beliau berkata, kaedah itu juga dapat dilaksanakan dengan mengetepikan atau ‘waive’ peperiksaan kebangsaan untuk tahun 2020 dan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan sebagai tiket ke menara gading.

- Advertisement -

“Kita harus bergerak ke hadapan tanpa merisikokan nyawa adik-adik kita untuk pergi ke sekolah semata-mata untuk menjawab peperiksaan SPM, SVM, STAM, dan STPM.

“Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan telah meminda tarikh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada 22 Februari 2021 manakala STPM akan bermula pada 8 Mac 2021. Ini bermakna, adik-adik kita bakal menduduki SPM lebih kurang 20 hari lagi,” katanya.

Berdasarkan maklumat daripada KPM, seramai 524,718 pelajar yang bakal menduduki peperikasaan kebangsaan ini dan ianya membabitkan seramai 400,445 calon (SPM), 92,964 (STPM), 23,313 (SVM) dan 7,996 (STAM).

Namun, disebabkan faktor pandemik Covid-19, sebanyak dua kali tarikh peperiksaan telah pun dipinda.

Oleh demikian katanya, keadaan juga menjadi lebih parah apabila negara dilanda musim tengkujuh pada bulan Januari lalu di kawasan Pantai Timur terutamanya di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagaimanapun, DPIM turut menyelami rintihan para pelajar yang melalui proses pembelajaran ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – HARAKAHDAILY 2/2/2021

- Advertisement -