Aliran proses import daging ke Malaysia

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, rundingan meja bulat anjuran JAKIM bersama pengimport dan pengedar daging dan produk daging pada 11 Januari lalu membuahkan banyak natijah yang bermanfaat untuk umat Islam di Malaysia. Turut hadir KPDNHEP, DVS, MAQIS dan JKDM serta pemegang taruh dalam industri ini. 

Antara pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam kalangan Pengimport Daging Berlesen yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Sushi King Sdn. Bhd., Kyros Kebab Sdn. Bhd., Melawati Kebab Sdn. Bhd., Nusantara Meat Berhad, Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Al-Hilal Food Processing Sdn. Bhd., Macfood Services (M) Sdn. Bhd.dan Selamat Supplies Sdn. Bhd.

- Advertisement -

Untuk mengetahui status halal pengimport daging yang berlesen, sila semak di direktori halal www.halal.gov.my  atau aplikasi SmartHalal.

Saya amat prihatin akan kebimbangan umat Islam dalam hal ini. KPDNHEP dan SPRM selaku agensi berautoriti telah melaksanakan prosedur yang tepat bagi pengurusan kes kartel daging import ini. Adalah sebaiknya proses penguatkuasaan dilaksanakan oleh mereka yang diberi autoriti mengikut lunas perundangan. Insya-Allah selepas selesai perbicaraan dan tindakan undang-undang dari Mahkamah, semuanya akan selesai. Saya kongsikan di sini Aliran Proses Import Daging ke Malaysia untuk makluman semua. 

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 2/2/2021

- Advertisement -