Mayat wanita ditemukan di Pantai Melawi

Foto hiasan.
- Advertisement -

BACHOK: Mayat dipercayai seorang wanita ditemukan terdampar tanpa pengenalan diri di Kampung Aur Kecil, Pantai Melawi di sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, ASP Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata mayat wanita dipercayai berumur 30-an itu ditemukan penduduk kampung pada 8 pagi ini sebelum melaporkannya kepada polis.

- Advertisement -

Beliau berkata mayat berkenaan ditemukan berpakaian t-shirt berjaket tanpa seluar dan dipercayai meninggal dunia lebih kurang seminggu berdasarkan keadaan fizikalnya yang hampir reput.

“Hasil siasatan awal forensik juga didapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Mayat itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

Mohd Yusrizal berkata sesiapa yang kehilangan anggota keluarga boleh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok untuk tujuan pengecaman. – BERNAMA

- Advertisement -