MAFI bantu petani terjejas banjir di Kelantan

- Advertisement -

TUMPAT: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI), Dato’ Che Abdulllah Mat Nawi meneruskan misi MAFI Prihatin ke Kelantan bagi meringan beban mangsa banjir di negeri itu.

Beliau berkata, bantuan makanan yang dihulurkan itu merupakan satu usaha dalam menunjukkan keprihatinan terhadap mangsa banjir yang terkesan khususnya membabitkan petani, penternak dan nelayan.

“Bantuan yang diberi berupa keperluan makanan diserah kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kelantan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tumpat untuk diagihkan kepada 450 ahli dengan nilai RM45,000.

- Advertisement -

“Seramai 1,461 ahli peladang di seluruh Kelantan mendapat manfaat tersebut yang bernilai RM146,100,” katanya pada program penyampaian bantuan itu di sini, hari ini.

Pada 21 Januari Misi MAFI Prihatin dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee 2021 di Wisma Tani, Putrajaya.

Misi MAFI Prihatin itu dilancar ke Pahang bagi meringankan beban penduduk yang terkesan banjir di negeri terbabit.

Menurut Dr Ronald misi berkenaan melibatkan penghantaran bantuan makanan, keperluan asas dan peralatan elektrik ke empat kawasan Parlimen di Pahang iaitu Lipis, Jerantut, Kuala Krau dan Maran.

Kawasan terbabit terjejas teruk akibat banjir pada awal Januari lepas, malah ada rumah penduduk yang terbalik akibat dirempuh arus banjir.

Berikutan itu pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan keperluan harian dan kewangan bagi meringankan beban mangsa banjir yang terjejas. – HARAKAHDAILY 1/2/2021

- Advertisement -