Riddah dan segala sebab menjadikan seseorang murtad

- Advertisement -

Soalan:

Apakah erti riddah? Bolehkah ustaz sebutkan contoh perbuatan yang menjadikan seorang itu murtad?

Jawapan:

Erti riddah

Berkata Imam Al-Mawardi:

الرِّدَّةُ فِي الشَّرْعِ: فَهِيَ الرُّجُوعُ عَنِ الْإِسْلَامِ إِلَى الْكُفْرِ

Ertinya: “Bermula riddah pada sisi syarak ialah kembali dari agama Islam kepada kekufuran.” (Kitab Al-Hawi Al-Kabir)

- Advertisement -

Maksudnya riddah ialah seorang Islam telah kembali menjadi kafir dan orang yang riddah itu disebut sebagai murtad.

Riddah itu boleh berlaku dengan tiga perkara iaitu dengan niat atau perbuatan atau perkataan.

Berkata Syeikh Qalyubi:

الرِّدَّةِ (هِيَ قَطْعُ الْإِسْلَامِ بِنِيَّةِ) كُفْرٍ (أَوْ قَوْلِ كُفْرٍ أَوْ فِعْلِ) مُكَفِّرٍ (سَوَاءٌ) فِي الْقَوْلِ (قَالَهُ اسْتِهْزَاءً أَوْ عِنَادًا أَوْ اعْتِقَادًا)

Ertinya: “Riddah itu ialah memutuskan agama Islam dengan niat kufur atau perkataan kufur atau perbuatan yang mengkufurkan samada pada perkataan yang dia ucap itu hanya bersenda-senda atau kerana ingkar atau menjadi keyakinan.” (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi Wa ‘Umairah)

Orang yang murtad di akhirat nanti tidak akan diampunkan oleh Allah dan mereka kekal di dalam neraka.

Firman Allah Taala:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ

Ertinya: “Sungguhnya orang-orang yang telah beriman kemudian mereka menjadi kafir kemudian bertambah kufur mereka itu nescaya tiadalah Allah akan mengampunkan bagi mereka itu.” (An-Nisak: 137)

Sebab-sebab riddah

Ada banyak sebab yang boleh menjadikan seseorang Islam itu menjadi murtad dan asasnya ialah sebab tiga perkara iaitu niat, perbuatan dan perkataan.

Berkata Syeikh Mustaffa Al-Bugha dan Syeikh Mustafa Al-Khin:

تقع الردة عن الإسلام بواحد من ثلاثة أشياء:
الأول: إنكار حكم مجمع عليه، معروف في الدين بالضرورة: كإنكار وجوب الزكاة والصوم والحج، وكإنكار حرمة شرب الخمر، أو أكل الربا، وإنكار أن القرآن كلام الله عز وجل، فهذه أحكام معروفة بالضرورة لكل مسلم، يستوي فيها علماء الدين وغيرهم، ولذلك كان الجحود بها من أسباب الردة.
أما إن أنكر حكماً غير مجمع عليه، أو مجمع عليه ولكنه خفي عن كثير من الناس، فإن إنكاره لا يستلزم الردة، كما أنكر مشروعية صلاة الضحي، أو أنكر حرمة زواج المطلقة قبل انقضاء عدتها.
الثاني: أن يفعل فعلاً من خصائص الكفار: كالسجود لصنم، وممارسة
شيء من عبادات الكفار، أو أن يفعل فعلاً يتنافي مع التزامه لدين الإسلام: كأن يلقي مصحفاً في قاذورة متعمداً، وكالمصحف كتب الحديث والتفسير، بشرط أن يفعل ذلك مختاراً لا مكرهاً.
الثالث: أن ينطق بقول يتنافى مع التزامه الإسلام، سواء صدر ذلك عنه اعتقاداً، أو عناداً، أو استهزاء؛ مثاله: أن يسب الدين، أو الإله، أو أحد الأنبياء، أو أن يقول مثلاً: الإسلام لا يتلاءم مع الرقي الإنساني، أو الخالق غير موجود، أو الزكاة تتنافى مع المجتمع الاشتراكي، أو إن إلزام المرأة بالحجاب مظهر من مظاهر التخلف.
فمثل هذه الأقوال مستوجبة للردة، سواء كان الدافع إلى النطق بها اعتقاداً، أو غضباً، أو عناداً: كأكثر الذين يسبون الدين، أو يشتمون الإله عز وجل في ظروف غضب أو مشاكسة، أو استهزاء لمجرد إثارة الضحك وأسباب اللهو والسخرية: كمن يقول لزميله الذي يعظه: إذا دخلت الجنة غداً فأغلق الباب خلفك، ولا تدخلني معك.

Ertinya: “Berlaku riddah dari agama Islam itu dan salah satu dari tiga perkara:

Pertama:
Ingkarkan hukum yang telah ijmak atasnya yang diketahui hukum itu oleh semua orang Islam dengan mudah seperti ingkarkan wajib zakat dan puasa dan haji. Dan seperti ingkarkan keharaman minum arak atau ingkarkan keharaman makan riba dan ingkarkan bahawa Al-Quran itu kalam Allah Taala. Maka sekalian hukum ini adalah diketahui dengan mudah bagi sekalian orang Islam sama ada ulamak atau yang lain daripada mereka itu. Dan kerana demikian itulah adalah ingkarkan dengannya setengah dari sebab-sebab riddah.
Adapun ingkarkan hukum yang tidak berlaku ijmak atasnya atau berlaku ijmak tetapi kebanyakan orang awam tidak mengetahuinya maka ingkarkannya itu tidak membawa kepada riddah seperti seorang ingkarkan disunatkan solat dhuha atau ingkarkan keharaman menikahi wanita yang telah ditalak sebelum selesai iddahnya.

Kedua:
Melakukan satu perbuatan daripada perbuatan yang khusus bagi orang-orang kafir seperti sujud kepada berhala dan mengerjakan akan suatu dari upacara ibadah orang-orang kafir atau bahawa mengerjakan satu perbuatan yang menafikan orang itu berada dalam agama Islam seperti mencampak akan Al-Quran pada tempat yang kotor dengan sengaja dan kitab-kitab hadis dan tafsir dengan syarat bahawa dia lakukan perbuatan itu dengan ikhtiarnya bukan dipaksa.

Ketiga:
Berkata dengan satu perkataan yang menafikan keislaman seseorang sama ada terbit perkataan itu daripadanya kerana keyakinannya atau kerana ingkar atau bersenda-senda. Misalnya dia memaki akan agama Islam atau memaki Tuhan atau memaki salah seorang dari sekalian Nabi atau dia berkata misalnya Islam ini tidak sesuai dengan kemajuan manusia atau Tuhan tidak ada atau zakat itu tidak sesuai dengan kesamarataan manusia atau mewajibkan perempuan menutup aurat itu adalah peraturan yang menjadikan manusia mundur ke belakang.

Maka sekalian contoh perkataan ini mewajibkan riddah sama ada yang tujuan perkataannya itu menunjukkan keyakinannya atau kerana marah atau kerana ingkar seperti ramai orang yang memaki mereka itu akan agama atau melekehkan akan Allah Taala dalam keadaan marah atau dalam keadaan bertengkar atau mempersenda kerana semata-mata mahu membuat orang ketawa dan segala sebab-sebab berhibur dan mengejek seperti seorang yang berkata kepada rakannya yang menasihatinya dengan katanya: Apabila kamu masuk syurga nanti maka kuncilah akan pintunya supaya kamu tidak masukkan aku bersama denganmu.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 31/1/2021

- Advertisement -