Seminggu untuk kreditkan BPN 2.0

Menteri Kewangan, Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima.

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ada yang keliru mengenai bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang bernilai RM2.38 bilion yang mula disalurkan bermula 21 Januari 2021.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau memohon agar penerima bersabar kerana ia merupakan satu jumlah yang besar dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pengkreditan sepenuhnya kepada semua penerima.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa dari 21 hingga 24 Januari sebanyak 6.4 juta akaun telah dikreditkan dan daripada 25 hingga 29 Januari, 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan.

“Mulai 25 Januari dalam 750,000 penerima yang tiada akaun bank sudah mula membuat tuntutan tunai di cawangan BSN di semenanjung bagi penerima B40 dan M40.

“Kerajaan berharap bantuan yang dipercepatkan ini sedikit sebanyak dapat membantu aliran tunai 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 perlaksanaan Inisiatif di Facebook miliknya, hari ini. – HARAKAHDAILY 27/1/2021

- Advertisement -