KASA bantu mangsa banjir di Pahang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium (IWK) memperuntukkan RM450,000 bagi membantu mangsa banjir di sekitar Pahang.

- Advertisement -

Peruntukan yang disediakan termasuk bagi menampung kos membaiki rumah mangsa banjir, penyediaan bekalan air bersih, tilam, tikar, telekung, sejadah, pek makanan, air mineral dan keperluan dapur.

Antara lokasi yang terlibat dalam misi bantuan tersebut adalah Kerdau, Kuala Krau, Chenor, Pekan dan Maran, Pahang.

Menterinya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam misi bantuan sama semalam berkata bahawa pihaknya akan mendapatkan sejumlah peruntukan besar bagi tujuan membaik pulih sistem pembetungan rumah yang turut terjejas akibat bencana bencana banjir baru-baru ini.

Turut hadir dalam operasi bantuan banjir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz, ADUN Chenor, Mujibur Rahman Ishak dan ADUN Liut, Sopian Abdul Jalil.

Antara lain yang terlibat dalam operasi banjir di Pahang adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia (JAM), serta Pertubuhan Cakna Rakyat Kuala Krau. – HARAKAHDAILY 17/1/2021

- Advertisement -