Sukarelawan ‘Gonyoh Gaha’ cuci rumah mangsa banjir

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 68 sukarelawan menyertai misi ‘Gonyoh Gaha’ di lokasi berlaku banjir di Kelantan sejak program itu mula beroperasi Jumaat lepas.

Misi berkenaan dianjurkan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MeSRa) membantu membersih kediaman mangsa-mangsa banjir.

Pengarah Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Ilvira Mohd Dasuki berkata, tumpuan utama diberi kepada rumah golongan warga emas.

Katanya, selain itu mangsa banjir dalam kalangan penduduk yang sakit dan armalah.

- Advertisement -

“Sehingga sekarang kita sudah turun padang di Dun Mengkebang, Gual Ipoh dan Manek Urai. Sebanyak 23 rumah dan premis pendidikan dibersihkan sukarelawan misi gonyoh gaha,” katanya di sini.

Menurutnya juga lebih membanggakan misi berkenaan turut mendapat kerjasama Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK) yang turut serta membersihkan rumah seorang OKU di Kampung Laloh, Kuala Krai.

Beliau juga memberitahu misi Gonyoh Gaha mulai diperkenalkan selepas banjir besar 2014 dengan nama Misi Pasca Banjir.

Maklumat lanjut mengenai misi tersebut boleh hubungi Hotline MeSRA http://www.wasap.my/+60139846913/GonyohGahaMesra2021HARAKAHDAILY 12/1/2021

- Advertisement -