Perkeso bantu pekerja, majikan terjejas COVID-19

- Advertisement -

TUMPAT: Akta Sistem Insuran Pekerjaan 2017 atau Akta 800 yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membantu majikan dan pekerja yang terjejas ketika pandemik COVID-19.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, antaranya Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan pada April 2019 menerima peruntukan sebanyak RM242 juta bagi membantu golongan terbabit.

“Sekarang kita sedang melaksanakan inisiatif yang terkandung dalam Belanjawan 2021 bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjamin keselamatan sosial kepada rakyat dengan pelaksanaan PSU 3.0.

- Advertisement -

“Dengan adanya inisiatif tersebut, majikan di Kelantan yang terlibat boleh meneruskan perusahaan dan perniagaan mereka tanpa perlu memberhentikan pekerja dan mengekalkan pekerja sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek faedah pengurusan jenazah dan bayaran pertama pencen penakat kepada keluarga allahyahram Mohd Sobri Hassan di Kampung Geting di sini, semalam.

Turut hadir anggota Exco kerajaaan negeri Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan balu allyahrham Che Puan Che Hassan.

Allahyarham Mohd Sobri yang meninggal dunia di Makkah pada 2017, ketika mengerjakan ibadah umrah merupakan pegawai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), membuat caruman sejak September 1997.

Nora juga berharap majikan khususnya dalam sektor pelancongan dan peruncitan digalakkan membuat caruman di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) bagi membolehkan PSU 3.0 dapat dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 12/1/2021

- Advertisement -