PAS Maran gerak operasi pembersihan banjir

- Advertisement -

MARAN: PAS Kawasan Maran telah menggerakkan pasukan operasi pembersihan banjir yang akan menjalankan kerja-kerja tersebut bermula di DUN Kuala Sentul, di sini semalam.

Operasi diselaraskan di bawah Khidmat Malaysia Maran ini akan bergerak setiap hari dan amat mengalu-alukan penyertaan para sukarelawan untuk bersama membantu mangsa banjir terjejas.

Maran direkodkan sebagai daerah paling terjejas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini melibatkan sembilan daerah di mana ramai penduduknya terpaksa ditempatkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

- Advertisement -

ADUN Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak dalam pada itu mengingatkan semua petugas dan sukarelawan parti untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan misi bantuan banjir.

“Di saat kita mahu membantu mangsa banjir, jangan sesekali kita lupa dengan SOP. Wabak ini masih menular. Ditambah dengan musim banjir ini, aspek kebersihan perlu dititikberatkan,” kata beliau ketika ditemui pada misi bantuan banjir di Markaz Tarbiyyah PAS Maran, di sini semalam.

Beliau turut sama turun ke lapangan, khususnya di daerah Maran bagi meninjau keadaan semasa mengambil peluang untuk sama-sama merasai kesusahan mereka yang berhadapan dengan musibah.

Katanya, membantu mereka yang ditimpa musibah merupakan amalan yang mulia dan dituntut agama di mana beliau sempat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang pelbagai bantuan sejak tiga hari lalu.

Pemangku Yang DiPertua PAS Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman turut mengingatkan seluruh ahli PAS termasuk para petugas dengan nasihat sama untuk berwaspada dan mematuhi sepenuhnya SOP telah ditetapkan.

“Ahli perlu sentiasa bersedia apa bila dipanggil. Jika sekiranya terdapat sebarang permasalahan bolehlah menghubungi talian hotline 0139962172.

“Buat masa ini kami akan sentiasa memantau, membantu menyelamat, membantu mangsa kempali ke rumah dan turut menyalurkan maklumat kepada NGO yang ingin membantu.

“Bagi individu yang ingin menjadi sukarelawan boleh menghubungi talian 013 9954680 bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan sebagainya.

“Mereka yang ingin membuat sumbangan juga boleh dibuat menerusi talian di atas atau boleh hadir terus ke lokasi operasi Khidmat Malaysia di Markaz Tarbiyyah PAS Maran,” tambah beliau lagi. – HARAKAHDAILY 6/1/2021

- Advertisement -