PAS konsisten dengan kebajikan – PJ Johor

- Advertisement -

TEBRAU: Tugas membantu masyarakat yang memerlukan bantuan telah menjadi amalan PAS semenjak PAS masih lagi pembangkang.

- Advertisement -

Ranggungjawab ini tetap diteruskan lebih-lebih lagi selepas PAS sudah bersama-sama dalam kerajaan seperti sekarang.

Demikian dinyatakan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin yang turut hadir meninjau program ‘Dapur Rakyat’ di Kampung Maju Jaya, di sini hari ini.

Katanya, program anjuran PAS Tebrau ini adalah untuk membantu meringankan bebanan penduduk yang terkesan dengan banjir di kawasan ini.

Antara yang turut terlibat menjayakan program ini adalah Jabatan Amal Malaysia Tebrau, Khidmat Malaysia Tebrau dan NGO Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT), jelas beliau.

Tambah beliau lagi, para sukarelawan yang terlibat ini telah bergotong-royong menyediakan sarapan pagi dan makanan tengahari di Madrasah Sidi Ibrahim, Kampung Maju Jaya.

Menurut Pengarah Program, Azman Atmin yang juga merupakan Pengerusi Khidmat Malaysia Tebrau, program yang diadakan ini dicetuskan daripada sumbangan kewangan serta tenaga daripada KKAT, ahli PAS Tebrau dan penyumbang umum.

Selain itu, menurut beliau, sebahagian sukarelawan program ini juga telah ditugaskan membantu mencuci rumah mangsa banjir, memandangkan terdapat antara mereka yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibenarkan pulang.

Kampung Maju Jaya yang terletak dalam Daerah Johor Bahru adalah antara kawasan yang terkesan dengan banjir akibat hujan lebat sejak 1 Januari lalu yang memberi kesan lebih kurang 100 keluarga dan 500 orang mangsa. – HARAKAHDAILY 4/1/2021

- Advertisement -