LPP tarik pelabur dari negara Arab

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bercadang menarik pelabur dari negara-negara Arab melabur dalam bidang pertanian terutamanya ternakan ayam di negara ini.

- Advertisement -

Pengerusinya, Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh berkata, sasaran modal peringkat awal adalah kira-kira RM800 juta.

Katanya, rundingan mengenainya diadakan Selasa lepas dengan wakil Raja Bahrain yang berpengalaman luas dalam bidang pelaburan di luar negara.

“Mereka begitu berminat melabur di negara ini termasuk mengeluarkan makanan dan pusat membiak anak ayam,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dan suaikenal dengan Pengerusi Peladang Negeri Kelantan di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah LPP Kelantan Mohd Hanifa Awang Su, Pengerusi Jemaah Pengarah LPP Kelantan, Dato’ Abdul Aziz Derashid dan lebih 50 peserta peladangnita dari seluruh Kelantan.

Dr Nik Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, projek itu akan membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan ayam yang sering dihadapi pada musim perayaan terutamanya ketika sambutan Hari Raya.

“Selain itu saya juga akan berusaha membantu pengusaha yang mengeluarkan produk hiliran termasuk sos cili, tomato dan madu lebah supaya dapat dipasarkan ke negara-negara Arab terutama ke Yaman,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/12/2020

- Advertisement -