Rakyat jangan ambil mudah wabak Covid

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan perlu mengambil perhatian khususnya berkaitan perkembangan Covid-19 yang melanda di negeri itu sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, mengikut pemerhatiannya, orang Kelantan agak relaks berhubung pematuhan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

- Advertisement -

“Orang Kelantan ini sebahagiannya agak relaks (tidak ambil perhatian) dalam kes Covid-19. Sikap ambil mudah.

“Mereka masih gemar bersantai khasnya di kedai kopi. Kita kena sedar tetang perkara ini,” ujarnya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di MABNA Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, walaupun kes harian Covid-19 di Kelantan meningkat, bagaimanapun ia masih terkawal.

“Kerana itu Kelantan tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kita bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Semalam sebanyak 31 kes baru jangkitan Covid 19 direkodkan di Kelantan dengan menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 665 kes.

Ia merupakan kes jangkitan paling tinggi direkod iaitu pada Sabtu lepas sebanyak 54 kes. – HARAKAHDAILY 30/12/2020

- Advertisement -