YaPEIM peruntuk RM3.83 juta bantuan ‘dryfood’

- Advertisement -

GUA MUSANG: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan sebanyak RM3.83 juta bagi menjayakan program sumbangan ‘dryfood’ tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaary berkata daripada jumlah itu sebanyak RM1.34 juta dalam bentuk sumbangan daging segar kepada penduduk di 153 daerah.

Selain itu, RM594,000 bagi sumbangan ready-to-eat (RTE) di 55 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia.

- Advertisement -

Menurutnya, peruntukan berkenaan untuk program Foodbank YaPEIM 2.0 yang meliputi Inspirasi Musaadah Covid-19.

“Pelaksanaan program tersebut turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai agensi yang bernaung di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama.

“Ia bermatlamat untuk membolehkan lebih ramai lagi penerima daripada kumpulan sasaran mendapat manfaat program kebajikan,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan daging segar kepada barisan hadapan menerusi program Food Bank YaPEIM 2.0 di Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, di sini semalam.

Seramai 50 penduduk menerima sumbngan berkenaan, manakala pada majlis lain di pejabat Kesedar pula seramai 200 orang lagi menerima sumbangan berkenaan. – HARAKAHDAILY 22/12/2020

- Advertisement -