KUFC guna khidmat jurulatih Jepun

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) KUFC bersama Syarikat minuman pribiotik Yakult (M) Sdn Bhd di Grand River ViewFoto, semalam. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan United Football Club (KUFC) mencuba nasib dengan mempertaruh jurulatih muda dari Jepun, Akira Higashiyama, 31, bagi membimbing pasukan itu untuk beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, keputusan itu dibuat berikutan prestasi jululatih terbabit yang pernah membimbing pasukan Kuching FA (Kuching City) musim lalu.

“Walaupun muda beliau (Akira) memperlihatkan prestasi cukup baik pada musim lepas. Beliau membawa perubahan drastik terhadap corak permainan Kuching FA sewaktu memimpin pasukan itu,” ujarnya.

- Advertisement -

Jelasnya, KUFC mengambil tempoh setahun untuk mengambil khidmat Akira sebagai jurulatih KUFC.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) KUFC bersama dengan Syarikat minuman pribiotik Yakult (M) Sdn Bhd di Grand River View di sini, malam tadi.

Che Abdullah juga berkata, mengambil jurulatih dari Jepun itu antara langkah awal bagi mempersiapkan KUFC yang akan memulakan sesi latihan pada 21 Disember ini.

“Keputusan kita ambil Akira di atas keyakinan bahawa orang Jepun kerja kuat dan bersungguh dalam melaksanakan kerja dalam menghadapi cabaran sengit pada saingan Liga-M 2021,” ujarnya.

Berhubung tiga lagi pemain import KUFC akan membuat penilaian bersama Akira.

Beliau berkata, Akira tidak hanya mempunyai pengetahuan dengan suasana permainan Liga-M, sebaliknya berpengalaman dalam bidang kejurulatihan.

Tambahnya, Akira pernah membimbing kelab di beberapa negara seperti Monggolia dan New Zealand.

“Akira mempunyai Lesen jurulatih Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Lesen A kejurulatihan serta melakar kejutan pada musim lepas setelah membantu kelab dari Sarawak itu menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan keempat,” katanya.

Selain itu, KUFC turut menandatangani MoU dengan pemain import dari Jepun Yuki Tanigawa yang pernah menyertai Kuching FA pada musim lalu dan kini akan bermain di posisi tengah bersama KUFC. – HARAKAHDAILY 6/12/2020

- Advertisement -