Qatar Airways bawa pelancong ke Langkawi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Langkawi bakal kembali menjadi pusat pelancongan popular peringkat dunia apabila ‘bubble tourism’ antara Kedah dan Qatar Airways dilaksanakan.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebelum ini Qatar Airways menyatakan minat untuk membawa kira-kira 190 negara yang disahkan bebas (hijau) dari wabak Covid-19 ke Pulau Lagenda berkenaan.

- Advertisement -

Katanya semua prosedur seperti ujian saringan Covid, tempat tinggal dan lain-lain berkaitan akan diurus syarikat penerbangan terbabit.

“Kebiasaannya pelancong luar negara berada di Langkawi selama 21 hari dan berbelanja melebihi daripada pelancong tempatan.

“Ini secara tidak langsung akan merancakkan lagi ekonomi di Langkawi setelah agak lesu akibat pandemik Covid-19 bermula April lepas,” katanya di sini, semalam.

Oleh itu katanya beliau telah membawa cadangan terbabit ke pengetahuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi tindakan lanjut.

“Bagaimanapun beliau akan meneliti beberapa polisi yang melibatkan Kementerian Kesihatan dan Pelancongan Malaysia terlebih dahulu,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 3/12/2020

- Advertisement -