PINTAR umum barisan kepimpinan sesi 2020/21

- Advertisement -

ADALAH dimaklumkan bahawa Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung (AGM) kali pertama pada 1 Disember 2020. Memandangkan negara sedang berada dalam tempoh PKP bagi menangani COVID-19, maka pihak jawatankuasa telah memutuskan Mesyuarat Agung ini diadakan secara dalam talian.

Walaupun diadakan secara dalam talian, AGM kali pertama PINTAR ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli-ahli di mana AGM ini antara lainnya telah memilih barisan kepimpinannya selain membincangkan aktiviti-aktivitinya.

- Advertisement -

Barisan kepimpinan PINTAR yang telah dipilih secara rasmi di dalam AGM ini adalah terdiri daripada senarai sepertimana berikut:

(1) Presiden: Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor dari UM.

(2) Timbalan Presiden: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff dari UUM.

(3) Setiausaha: Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaacob dari UPM.

(4) Penolong Setiausaha: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dari UNISZA.

(5) Bendahari: Prof Madya Dr Mushaddad Hasbullah dari USIM.

(6) Penolong Bendahari: Dr Raja Hisyamudin Raja Sulong dari UM.

(7) Ahli Jawatankuasa:
(i) Dato’ Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain dari UMP.
(ii) Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir dari UTM.
(iii) Dato’ Prof Dr Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff dari UM.
(iv) Dr Ahmad El-Muhammady Muhammad Uthman El-Muhammady dari UIA.
(v) Dr Hoo Ke Ping dari KSI.
(vi) Dr Suzilawati Muhamud dari HAJIRUSHI.
(vii) Dr Raja Jamilah Raja Yusof dari UM.

AGM ini juga bersetuju melantik Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah sebagai Penasihat PINTAR.

Untuk makluman semua, PINTAR telah berjaya mengadakan Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Kerajaan PN pada 1 September 2020 yang lalu di mana ia mendapat sambutan amat menggalakkan daripada intelektual dari seluruh negara selain turut dihadiri oleh para pemimpin dan pegawai kerajaan. Banyak input-input berguna telah diperolehi daripada konvensyen yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini.

Untuk bergerak ke hadapan, PINTAR sedang merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk satu Konvensyen Setahun Pentadbiran Kerajaan PN pada 1 Mac 2021 nanti. Konvensyen ini dirancang untuk diadakan lebih besar daripada konvensyen lalu dan akan diadakan selama dua hari bagi memberi ruang kepada pembentangan dan perbincangan yang boleh menghasilkan input-input yang lebih menyeluruh kepada pihak kerajaan.

Akhirnya, PINTAR sekali lagi ingin mengulangi seruan yang telah pernah kami 115 ilmuan berkelulusan PhD buat pada 19 Jun 2020 lalu supaya semua golongan rakyat memberi penghormatan dan sokongan penuh kepada kerajaan semasa yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menterinya untuk mengemudi negara sehingga dikembalikan mandat untuk PRU15 mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih. Yang benar,

PROF DR MOHD ROSLAN MOHD NOR
Presiden
Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) Sesi 2020/2021 – HARAKAHDAILY 3/12/2020

- Advertisement -