Operasi premis di zon merah setakat 10 malam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meminta semua kedai dan premis beroperasi sehingga jam 10 malam sahaja bagi mengelakan penularan Covid-19 khususnya di zon merah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, peraturan itu dibuat dengan mengambil kira pandangan Istana Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri mempertimbangkan dua isu bagi mengekang penularan Covid-19 iaitu kesejahteraan hidup dan ekonomi rakyat selain penularan wabak itu.

- Advertisement -

“Kedua-dua ini penting belaka, penularan Covid-19 pun menyebabkan kesihatan awam berisiko kepada rakyat, tidak boleh berniaga pun masalah kepada rakyat juga.

“Namun demikian bagi zon merah sahaja kerajaan memutuskan supaya semua kedai dan premis buka sehingga jam 10 malam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Dr Izani juga berkata, Kota Bharu diisytihar sebagai zon merah dengan kira-kira enam kluster, terbaru Kluster Hilir dan paling besar Kluster Mengketil.

“Kita minta rakyat supaya mematuhi SOP, kedai, premis dan sebagainya mematuhi SOP, aktiviti perkumpulan termasuk kenduri ketika hendaklah ditangguhkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/12/2020

- Advertisement -