KPWKM sentiasa peka terhadap warga emas

- Advertisement -

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu warga emas yang mudah terkesan dengan jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan penyakit kronik. Di antara usaha KPWKM terkini:

(1) Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2020 diraikan dalam suasana COVID-19. Tema Pandemik Dan Penuaan: Mendepani Perubahan. Di antara program forum berkaitan kesediaan warga emas terhadap norma baharu semasa pandemik COVID-19, penjagaan kesihatan warga emas, fizikal dan emosi atau mental. Majlis dialog… Peranan KPWKM dalam menghadapi Isu Pandemik COVID-19.

(2) Saringan COVID-19 dengan kerjasama KKM kepada semua penghuni dan kakitangan di 17 buah institusi kebajikan melibatkan 2,376 penghuni. Pusat jagaan swasta atau NGO sebanyak 432 buah melibatkan 14,049 warga emas termasuk kakitangan.

- Advertisement -

(3) Mewujudkan Garis Panduan Pencegahan dan Kawalan Penyakit COVID-19 untuk semua Pusat Jagaan Warga Emas Kerajaan, Swasta atau NGO sebagai rujukan semasa situasi pandemik.

(4) Talian Kasih 15999 dan Talian khas Kaunseling COVID-19 bagi memberi sokongan psikologi kepada orang ramai termasuk Warga Emas.

(5) Proses disinfeksi institusi warga emas JKM… Penyediaan alat seperti termometer inframerah, pelitup muka, hand sanitiser dan lain-lain.

(6) Program Home Help Services... untuk sukarelawan bantu warga emas sepanjang tempoh PKPB. Sehingga Oktober 2020 seramai 1992 sukarelawan Home Help yang telah bantu seramai 5,826 orang warga emas seluruh negara. Alhamdulilah saguhati sukarelawan dinaikkan dari RM150 kepada RM400 sebulan.

(7) Bantuan Prihatin kepada Pusat Aktiviti Warga Emas… Sebanyak RM8200.00 setiap PAWE untuk pembelian alat nyahkuman, peralatan penjagaan kesihatan. Ini memberi manfaat kepada 44,000 orang warga emas berdaftar.

(8) Bajet 2021 menaikkan geran operasi untuk PAWE dari RM30,300.30 kepada RM50,000.00 dan dapat dimanfaatkan kepada 150 buah PAWE seluruh negara.

(9) JKM menyediakan bantuan Bantuan Orang Tua bagi warga emas yang layak di kalangan B40… Dan pendapatan berada di bawah paras garis kemiskinan boleh berhubung dengan pejabat JKM Daerah terdekat.

(10) Di seluruh negara, JKM mempunyai:

(i) 10 buah Rumah Seri Kenangan dengan jumlah penghuni 1316 orang warga Emas.
(ii) 2 buah Rumah Ehsan dengan jumlah penghuni seramai 221 orang warga emas.
(iii) 4 Desa Bina Diri serta 1 PSBD Sungai Buloh dengan jumlah penghuni 714 orang.

Kita mengharapkan keluarga memainkan peranan penting dalam memelihara kebajikan warga emas. Kebajikan adalah tanggungjawab bersama.

YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 2/12/2020

- Advertisement -