Amaran banjir di daerah Hulu Terengganu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir akan berlaku di lembangan Sungai Terengganu pada 3 Disember ini jam 12.00 tengah malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesan Amaran Cuaca Waspada pada jam 12.00 tengahari ini dan amaran banjir telah dikeluarkan JPS pada jam 3.00 petang ini.

- Advertisement -

Lokasi-lokasi dijangka banjir di Sungai Berang melibatkan beberapa kawasan di Daerah Hulu Terengganu iaitu Kg Pengkalan Ajal, Kg Menerong, Kg Pasir Pelata, Kg Kua, PPSK Gunung Menerong dan kawasan sekitarnya.

Semua penduduk dinasihatkan berwaspada terutamanya yang berada di kawasan dijangka banjir.

Maklumat dan amaran akan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my.

Manakala, di laman sosial Facebook iaitu PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir. – HARAKAHDAILY 2/12/2020

- Advertisement -